Wednesday, August 11, 2010

Syirik Secara Tidak Sengaja

Hidup di kalangan masyarakat majmuk,
kebanyakannya kita akan berjiran dengan
keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu
mempunyai tempat penyembahan
masing-masing...
kaum Cina mungkin di luar
rumah manakala Hindu di dalam
rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau
Buddha sering melakukan
upacara penyembahan mereka di luar.

Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan
mungkin pernah bertanya
kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"
Dan secara amnya, kita akan menjawab...

"Dia org tgh sembahyang atau tengah sembah
tuhan dia"


Jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya
syirik....Kerana ia
bercanggah dengan prinsip dua kalimah
syahadah kita..

"Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
tetapi apabila kita
memberikan jawapan ...

"Dia tengah sembah tuhan dia"
kita menggambarkan pada anak kita bahawa
ada tuhan yang lain dari ALLAH, ..
kita memberi gambaran pada anak kita
bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu
tuhan, Kristian satu
tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan
mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita
"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jadi mana datangnya konsep atau pengertian
" dia sedang sembah tuhan dia" ????

Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak
kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita

" tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya,

" anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita
dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada
hanya satu tuhan sahaja
iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu
salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan
kepada anak, kerana jawapan
yang salah akan hanya merosakkan atau setidak- tidaknya akan mengelirukan
mereka.

Sekadar mengamalkan
"sampai dan menyampaikan".

Sekiranya apa yang buruk disampaikan di sini , ia dari
kelemahan diri saya sendiri dan
yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman
sendiri dari kuliah
maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai
idea dan jawaban yang lebih
baik.....SILA KONGSI BERSAMA.

1 Rajin Baca:

FareedSairi said...

terima kasih. sangat penting untuk dikongsi bersama. walaupun kecik, tapi kesan yang sangat besar

en3:Tau tak....kebaikan Solat dari perspektif sains?
en3:Kesan solat pada jantung?

Post a Comment

Assalamualaikum.. lepas baca tu tinggalkan lah komen yer..Sebarang kekurangan atau kelemahan diri saya harap kawan2 betulkan
-Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)