Thursday, October 7, 2010

Auratmu Duhai Wanita

pesanan untuk kaum hawa yang ditulis oleh SEORANG LELAKI!
untuk sume yg bergelar wanita....

pesanan/ teguran tersebut berbunyi mcm ni..

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang
,tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung




Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.




Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.




Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,



Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar Islam kembali tertegak..
dan sedikit lagi pesanan beliau...
kalaula semua wanita menjaga aurat mereka, mesti kurang maksiat di dunia.. sesungguhnya nafsu lelaki hanyalah satu..
Wanita..tidak semua lelaki mempunyai iman yg mantap untuk menahan dirinya dari godaan nafsu dan syaitan.
buat, rakan2 muslimah.. menutup aurat dengan betul memberi kebaikan pada diri dan juga orang disekeliling anda.
tidakkah anda berasa rimas dengan pakaian yang ketat?
Tidak sejukkah pakai skirt pendek2 pergi kuliah? lengan tu kalau ye pun dh "tough" sangat, coverla dengan lengan panjang..
suka ke tubuh tu menjadi bahan bualan lelaki? bangga sangat? tolonglah..
hari2 dpt dosa free..kami xnak pun tengok semua tuh...
ya Allah, kau permudahkanlah bagi rakan2ku untuk menutup aurat dgn sempurna..
#entry yg agak 'direct'..cume berpesan-pesan ke arah kebaikan..
bukan saja utk para reader, peringatan utk penulis juga...syukran... :)

9 Rajin Baca:

Cik Shiqa said...

wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita soleha...

MissCherry_Chewiee said...

=)

Sharinginfoz said...

bertudung le dengan cara yang betul dan akhlak yang baik mesti dijaga

Arisa Mihashi said...

tu la.ramai yang nak ikot fesyen.fesyen ape tah.

Ummi Hanie said...

tudung skrg ni kecik2 tp mahal2 blaka...kalau beli tudung labuh boleh dpt berhelai2..btul tak?

tudung x bermakna jika sekadar fesyen..

Sharifah Nurul Shahirah said...

nice one. orang sekarang pakai tudung untuk ikut trend. macam2 tudung ada tudung yuna, wardina, ekin la

sophietarmizi said...

Betul tu...skarang ni byk ikut fesyen, bukan ikut tuntutan syarak...wahai suami, 'paksalah' isteri (isteri2) kamu untuk menutup aurat kerana mereka itu aurat suami...

Blog Leader said...

pakai la tudung dengan sempurna sebelum kamu dipakai kan tudung kesluruhan badan...

Syamil Hafiy said...

anda kena tag ! dtg belog saya ntuk tuntut award !

http://syamilhafiy.blogspot.com/2010/10/best-friend-award.html

Post a Comment

Assalamualaikum.. lepas baca tu tinggalkan lah komen yer..Sebarang kekurangan atau kelemahan diri saya harap kawan2 betulkan
-Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)