Kita berkenalan demi menuntut ilmu di tempat yang sama
Setiap hari kamu suka mengusik saya
Tahukah kamu perbuatan kamu itu
boleh mencairkan hati saya?
Mungkin kamu melihat saya
sebagai seorang wanita yang tidak pedulikan lelaki
Sebab itu kamu tidak pernah
terfikir perubahan perasaan saya terhadap kamu
Namun saya juga wanita biasa,
tidak lari daripada semua itu..
Semakin lama mengenali kamu
saya merasai sesuatu yang
berbeza
Saya merasa istimewa di hati
kamu
Dengan perwatakan kamu yang
kelihatan ikhlas di mata saya,
Saya mula jatuh hati pada kamu..
Saya
menyedarinya kerana saya mula cmburu apabila kamu melayan
sahabat perempuan kamu
dengan baik
Walaupun ia tidak membawa maksud
apa2 dari kamu,
namun saya menganggap bahawa kamu mengambil berat terhadap
saya..
Tahu tak itulah pertama kali
saya menerima makanan daripada seorang kawan lelaki..
saya sungguh gembira!!
Setiap pagi saya datang ke
sekola, saya berharap agar kamu mengusik saya seperti selalu..
Namun perasaan saya selalu hampa
kerana kamu sering ke kelas sebelah..
Demi menjaga persahabatan saya
hanya mampu pendamkan sahaja perasaan itu..
Hari demi hari sikap kamu tidak
lagi seprti dahulu,tidak lagi suka mengusik saya..
Saya sering rasa terpinggir..
hidup terasa kosong
Rupanya dalam diam kamu telah
menyimpan perasaan terhadap wanita lain..
Tahu tak, saya berasa sangat
kecewa ketika itu..
Namun bagi menutup perasaan
saya,
Saya hanya bersikap seperti
biasa sehingga kamu juga tidak menyedari akan perasaan saya terhadap
kamu..
Barula saya faham mengapa kamu
sudah menjauhi diri daripada saya..
Kini kamu pun telah punyai
kehidupan yang baru..
Saya di sini hanya mampu
mendoakan kamu gembira selalu..
Pada saya,kamu merupakan insan
yang hebat yang pernah wujud dalam hidup saya
Begitu susah untuk saya
melupakan kamu..
Tiada insan lain yang mampu
menandingi kamu di mata saya..
Tapi tak mengapa, saya sabar
menanti insan yang berjaya membantu saya untuk melupakan
kmu..