Tuesday, November 5, 2013

MENGAPA AKU TAK KE SEKOLAH AGAMA?

Aku pernah tanya mak..."sebab apa saya x di hantar ke sekolah agama?"

kadang alasan aku bukan dari sekolah agama sering terkeluar tika saat orang minta kita kedepan jika berkaitan soal agama.

Masa berlalu dengan pantas...aku xboleh patah balik di zaman dulu. Masa untuk aku..ialah masa dan saat aku lalui sekarang. Esok belum tentu masa itu untuk aku. Bila bercampur dengan ramai kawan, mendengar cerita2 mereka baru aku tahu. Ilmu agama..alim itu bukan kerana dia sekolah agama, tapi kerana dia mahu agama.

Ustaz Azhar Idrus mencari agama di umur 25tahun, Ustaz Abdullah Khairi di umur 26tahun di saat anak sudah 3orang. Apa alasan aku tidak sekolah agama boleh dijadikan alasan aku lari dari medan dakwah.

Sungguh aku malu dengan diriku, apabila aku belajar agama..baru aku tahu...yang sebelum ini terasa bijak pandai dengan ilmu dunia...tapi sebenarnya aku belum kenal diri aku sendiri. Doakan aku teman. Moga kita istiqomah dan ikhlas di jalan ini...