Friday, March 25, 2011

TERPAUT

 

 

 

Kita berkenalan demi menuntut ilmu di tempat yang sama
Setiap hari kamu suka mengusik saya
Tahukah kamu perbuatan kamu itu boleh mencairkan hati saya?
Mungkin kamu melihat saya sebagai seorang wanita yang tidak pedulikan lelaki
Sebab itu kamu tidak pernah terfikir perubahan perasaan saya terhadap kamu
Namun saya juga wanita biasa, tidak lari daripada semua itu..
 
 
  
Semakin lama mengenali kamu
saya merasai sesuatu yang berbeza
Saya merasa istimewa di hati kamu
Dengan perwatakan kamu yang kelihatan ikhlas di mata saya,
Saya mula jatuh hati pada kamu..
Saya menyedarinya kerana saya mula cmburu apabila kamu melayan
sahabat perempuan kamu dengan baik

Masih teringat ketika kamu memberi kuih kepada saya,
saya berasa sungguh terharu..
Walaupun ia tidak membawa maksud apa2 dari kamu,
namun saya menganggap bahawa kamu mengambil berat terhadap saya..
Tahu tak itulah pertama kali saya menerima makanan daripada seorang kawan lelaki..
saya sungguh gembira!!

 
 
Setiap pagi saya datang ke sekola, saya berharap agar kamu mengusik saya seperti selalu..
Namun perasaan saya selalu hampa kerana kamu sering ke kelas sebelah..
Demi menjaga persahabatan saya hanya mampu pendamkan sahaja perasaan itu..
 
 

 
Hari demi hari sikap kamu tidak lagi seprti dahulu,tidak lagi suka mengusik saya..
Saya sering rasa terpinggir.. hidup terasa kosong
Rupanya dalam diam kamu telah menyimpan perasaan terhadap wanita lain..
Tahu tak, saya berasa sangat kecewa ketika itu..


Namun bagi menutup perasaan saya,
Saya hanya bersikap seperti biasa sehingga kamu juga tidak menyedari akan perasaan saya terhadap kamu..
Barula saya faham mengapa kamu sudah menjauhi diri daripada saya..

Kini kamu pun telah punyai kehidupan yang baru..
Saya di sini hanya mampu mendoakan kamu gembira selalu..
Pada saya,kamu merupakan insan yang hebat yang pernah wujud dalam hidup saya
Begitu susah untuk saya melupakan kamu..
Tiada insan lain yang mampu menandingi kamu di mata saya..
Tapi tak mengapa, saya sabar menanti insan yang berjaya membantu saya untuk melupakan kmu..



Monday, February 28, 2011

TITIPAN BUAT WANITA2....

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.