Monday, September 27, 2010

Pengorbanan seorang adik (Kasih yg tak berpenghujung)

Aku cuma ada seorang adik.. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku..
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua..
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.


"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah..
Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku..
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara..
Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai...
ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" !!



Sunday, September 26, 2010

Puasa "Si Miskin"




Sekadar renungan...........
buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi
"Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Thursday, September 23, 2010

Untuk Mu Yang Bergelar Ayah

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, sianak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam dipejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam dipejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Sunday, September 19, 2010

Doa seorang ibu (kisah benar)


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seroang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.
Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya.
Imunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.
Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang.
Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi.
Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi.Dengan deraian air mata ibunya berkata,
”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah.Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya.Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,
rayu ibunya menasihatinya


Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah itu tidak luntur dar hatinya.Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi.Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata.Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.

“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya.Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.

Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.

Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu. “Pencuri!!Pencuri!! teriaknya.

Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu.Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid.Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap raja.Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut.Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil.Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak ramai.Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”

Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu.Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura.Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri itu.Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar.Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya.Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dai luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”

Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”

“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.

“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.

“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bawawa itu adalah anaknya.

“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”

“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.

“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.

Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

“Ibu maafkanlah saya ibu.Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”

Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan .Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”

Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.Bergitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.


P/S: Taatilah Kedua Ibu Bapa .. sesungguhnya,

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim

Friday, September 17, 2010

SaYa sayAng iBu

Walaupun cerita kartun ni pendek saja, tetapi trasa sebak kat dada…hmmm, mungkin terlalu banyak dosa yang sy lakukan kat mak sy.. maafkn aku ibu..


Tak Nampak tulisan dia ek?? Camni crite dia………
Ubi : Kuncilah pintu ni.. Mak saya dah tidur kot
Jiran : Ketuklah pintu tu
Ubi : Tak nak la
Jiran : Apasal??
Ubi : Takut…….
Jiran : Haisshhh! Apa pula takut… Rumah sendiripun nak takut ke??hmmmm… ok la Ubi, akk nak masuk rumah akk dulu… Ketuk pintu tau, jngn tak ketuk!
Ubi : Okey !
……….Aishhh! nak ketuk ke tak nak ni?? Takut le karang mak aku buka pintu…mana le tau marah dia tak habis lagi.. mau aku kena sedas dua kali ! Tapi kalau tak ketuk takkan aku nak tidur luar malam ni??
Ahhh!! Gamble je lah! Kena sedas dua je, bukannya mati! …………..
Mak : “Hah!! Baru ingat nak balik?? Merayau je !! mandi tak ingat ! makan tak ingat! Lupa rumah tadi??!!!
Dah! Pergi makan! Kang lepas tu pergi mandi!! ” Sergah si ibu..
“……..….phewww..!! selamat! Setakat kena sembur ni kira orait lah.. siap suruh makan lagi tu.. macam mood dah okey sikit je tu…” kata Ubi dalam hati…………..
Bila ubi tiba kat dapur… “Mak oiii !! masak special mak aku malam ni.. semuanya lauk feveret aku ni.. tak pernahnya dia buat camni..”
Selesai makan, Ubi nak pegi ar kat bilik dia… lalu ternampak mak dia (lbeh kurang mcm tu la, sy tak tau camna nak cerita..hehe)
“haii.. mcm nak pujuk aku je.. pujuk dalam diam ke??” kata Ubi dalam hati.. dia ckp cam tu sebab nmpak mak dia hnya diam..
“Bila fikirkan balik.. kalau le aku diberi pilihan memilih sorang perempuan dalam dunia ini yang sepuluh kali lebih best dan tak garang langsung untuk digantikan jadi mak aku…
aku mungkin tolak tawaran itu… pasalnya??
Pasal mak aku tetap mak aku! Walau mcmmna kekurangannya dia tetap mak aku! Dan juga naluri keibuannya..
hanya dia yang tau bila masa aku lapar, bila masa aku sakit,
bila masa aku marah…
hanya dia sorg je yang betul2 kenal aku.. lagipun takde orang boleh lawan masakan dia..hehe “

Mak : Dah siap makan Ubi?? Sini kejap….
…..” Apahal lagi ni?? Nak setelkan masalah petang tadi ke?? Aishh.. ni yang buat aku berdebar-debar balik ni”…………

Ubi : Amende mak??
Mak : Duduk dulu… Mak nak Tanya ni…Betul ke Ubi cakap Ubi dah berhenti hisap rokok??
Ubi : Betul mak!
Mak : Kalu macam tu mak minta maaf la sebab tak percayakan Ubi tadi..
Ubi : uh??!!
………..Benda yang aku tak sangka keluar dari mulut mak.. seorang ibu meminta maaf dari anaknya.. satu perkara yang jarang-jarang berlaku.. maka aku mengalah untuk menggembirakan aku….dan kalau mak aku sanggup buang egonya.. kenapa pula aku tak boleh??...........

Ubi :
Mak… Ubi pun nak mintak ampun gak… Ubi banyak salah.. Selalu buat mak susah.. isk3x :’(

Astaghfirullah robbal baroyaa, astaghfirullah minal khotoyaa….
Robbiy zidniy ‘ilman nafi’aa , wa wafiqni ‘amalan soliha…….
Setulus doa aku panjatkan, Moga rahmat ENGKAU limpahkan pada ibu juga ayahku yang melahir dan membesarkanku.. amin..

Thursday, September 16, 2010

Whatever..hehe

Assalamualaikum W.B.T , pertama sekali sy nk ucapkan terima kasih banyak-banyak pada ibu2, bapa2, kakak2, abg2, adik2 yg sentiasa memberikan sokongan kpd sy (jika ada)….heee…
sebenarnya sy rindu sangat kat blog sy ni, lama dah tak wat post en3 sebab busy sangat dngn study… InsyaAllah selepas ni sy akan cuba untuk mengaktifkan diri balik..

Pada yang mengunjungi blog ni, sy harap sambil korang singgah, silalah baca entry tu ek… Agar ia tidak hanya menjadi bahan penulisan tetapi juga sebagai penambahan ilmu kepada kita semua.. InsyaAllah