Sunday, March 2, 2014

:: NIKMAT HUJAN ::

Hujan.
5 aksara dalam satu kata.
Satu kata terjemah variasi makna.
Makna yang berbeda pada batang tubuh yang berbeda.

Hujan diluar, ada makhluk berkejar mencari teduhan.
Hujan di hati, ada jiwa penghuni yang sekah pedoman pinta kekuatan.

Hujan.
ramai yang suka kehadirannya. Yang gusar tak kurang juga.
Hakikatnya Hujan itu ada uniknya, ada kelebihannya.
Biarpun turunnya membawa petir dan guruh, Menggetar jiwa yang gemuruh.
Hakikatnya hujan hadiahkan kesuburan juga kesegaran.
Pada akhirnya muncul pelangi seindah ciptaan.

Begitu juga hujan di hati.
tempiasnya menggegar atma, menyesak sukma.
Namun pada akhirnya masih ada jiwa kental bertenaga.
yang mampu mengukir senyum mengundang tawa.
kerna disebalik hati yang merintih itu, ada lagi kepingan2 kukuh menyapa nubari.
Bahawa setiap ujian yg melanda itu ada hikmah besar yang menanti.
Kembali pada ALLAH, itu yang pasti.

Begitulah ceritera Sang Hujan. Memoir fenomena Alam terindah.

Allah ta’ala berfirman :

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

“Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkahi (mubaarak)…”
[QS. Qaaf : 9].
 
#Kemarau di bumi Melaka ^^
 Photo: ‎:: NIKMAT HUJAN ::  

Hujan di bumi Nilai. (10 / Oktober 2013 )‎

4 Rajin Baca:

Unknown said...

melaka tak hujan lagi .saya duk melaka ni kadang2 tak tahan panas juga .Moga Allah SWT turunkan hujan ,Insya Allah :)

Norziea Jia said...

ana duduk melaka juga sekarang. insyaAllah, moga ALLAH turunkan hujan ^^

Unknown said...

follow sini. mind follow back? :)
http://rookieleviosa.blogspot.com/

Unknown said...

hujan adalah satu nikmat

Post a Comment

Assalamualaikum.. lepas baca tu tinggalkan lah komen yer..Sebarang kekurangan atau kelemahan diri saya harap kawan2 betulkan
-Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)