Thursday, September 23, 2010

Untuk Mu Yang Bergelar Ayah

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, sianak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam dipejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam dipejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.



Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

"Oh, ituke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?Kamu nak buat apa dengan duit tu? minta sampai 10 ringgit?Nak beli mainan lagi??
Ayah penat-penat cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya..
Sudah, pergi masuk bilik..tidur! Dah pukul berapa nih...!!

"Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah..Ambil ni...
Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu, siayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??
Dari mana kamudapat duit tu??
"Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.
Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni.Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.
Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..
"Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.. Jika HATI seputih AWAN,jangan biar ia MENDUNG. "

6 Rajin Baca:

Aisyah AR said...

sweeeeetnyer!!!!!!!

Kuman Chaos said...

memang kisah best.. sangat memberi pengajaran...
Kuman "anak luar nikah" Entry

Rina (◕‿◕)✿ said...

sedihhhh

azhar said...

wow...sangat menyentuh hati

mumyShaneQeisha said...

mmg tersentuh membaca post ni

Tentang Ibu said...

Waalaikumsalam..
Keren..
Anak ini ternyata sangat ridu pada ayahnya,,

Post a Comment

Assalamualaikum.. lepas baca tu tinggalkan lah komen yer..Sebarang kekurangan atau kelemahan diri saya harap kawan2 betulkan
-Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)