Tuesday, November 30, 2010

Gadis Cantik

KISAH SATU

Dia gadis yang cantik,
Mampu Mengoyah hati banyak si Jejaka,
Tidak kira Melayu @ bukan Melayu
Pasti pernah terdetik untuk tertarik dengannya,

tapi sayang..
Kecantikan itu digunakan untuk dipertontonkan
kepada orang ramai,
...dan...

Malang sekali,
Kerana tiada keistimewaan untuk suaminya nanti ..

KISAH DUA



Dia juga gadis yang cantik,
Namun begitu dia memilih untuk "merahsiakannya",
Kecantikkan digunakan untuk menarik
orang bukan islam untuk memeluk Agama Islam

Pada masa yang sama,
untuk dikongsikan kepada suaminya sahaja,
Menyejukkan mata sesiapa yang memandangnya,

Sukarnya untuk temui insan sepertinya
dan aku percaya
Dia menjadi contoh muslimah yang di cari-cari.



Seperti rama-rama yang cantik sayapnya
cuba terbang bebas tapi tanpa disedari kecantikkan sayapnya itu
telah menarik perhatian manusia yang hanya memandang akan kecantikkan sayapnya sahaja.
..
Setelah manusia itu berjaya menangkapnya
Lalu rama-rama itu mati dan Serinya telah hilang
Dan akhirnya manusia memilih untuk "membuangnya".

Ketahuilah kawan-kawan
~-Agama sebenarnya tidak pernah mengecewakan umatnya,
tetapi
Umatnya yang selalu mengecewakan Agama ~
dan
PERCAYALAH
Setiap perkara yang telah diamanatkan kepada kita
pastinya mempunyai banyak hikmah disebaliknya.


4 Rajin Baca:

Hanis Azla said...

Nice entry... selalu percaya yg setiap anugerah Allah itu byk hikmahnya.. sebab itu kena jaga dan hargai sebaik mungkin..

Norziea Jia said...

terima kasih.. yup! setuju3x.... :)

sophietarmizi said...

nice....untung suaminya nanti....

Norziea Jia said...

insyaAllah.. Betul tu sophie :)

Post a Comment

Assalamualaikum.. lepas baca tu tinggalkan lah komen yer..Sebarang kekurangan atau kelemahan diri saya harap kawan2 betulkan
-Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)