Raya pada tahun ini agak istimewa buat diri aku.. Dapat merasai
keindahan suasana beraya di negeri orang..
Pertama kali berjauhan dengan keluarga.......
Serius aku cakap, awal-awal tu memang rasa macam tak best sebab jauh dari family. Tipu la kalau tak meleleh pagi raya. haha~
Teringat suasana kat kampung. Itu memang tak dapat dinafikan la~ hehe
Sepanjang perjalanan, dalam fikiran "Betul ke apa yang aku buat ni??"
Rasa risau, gundah gulana, Berdebar, Takut, Gembira, Teruja.. arrrhggg perasaan bercampur baur.
aku sendiri tak tahu kenapa. ngeee~
Lebih kurang jam 9.30 am aku tiba di Kelantan.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 12 jam dari Melaka.
Baru ku kenal diriku ini bagaimana. Tak boleh duduk lama dalam bus..
Pening, Sakit kepala, Mual, Mabuk.. semua ada~ Perghhh! Memang Terbaik lah!! :D
- OKAY SKIP CERITA KAT SINI-
Raya Pertama
Raya pertama Kak Hajar buat Open House. Semua adik-beradik, anak sudara, ipar datang kat rumah.
Aku yang pemalu lagi penyegan ni duduk je dalam bilik. haha. Segan nak turun.
Tapi bila ingat balik pesan mak aku, aku gagahkan juga untuk jumpa family kak Hajar. Alhamdulillah satu permulaan yang baik.
Family kak hajar semuanya baik-baik belaka.. Peramah, Penyantun, Baik hati ^_^
Lepas buat Open House, kami pergi rumah Mok. Mak saudara kak Hajar..
Dapat duit raya! yahuuu~ haha. dah besar pun masih dapat juga. Alhamdulillah.. ^_^
Raya Kedua
Pergi rumah kakak ke dua kak hajar. kat Machang (kalau tak silap)
Jau juga nak pergi situ. lebih kurang sejam perjalanan..
kami dihidangkan dengan Laksa. Nyum3x~ Pemandangan kat tepi rumah sangat cantik.
Dengan sawah padi yang menghijau.. Matahari pula mula tenggelam.
Subahanallaah memang indah..
Raya kat Kelantan dengan kat Sabah lebih kurang sama. tak jauh beza..
Dari segi makanan (ketupat, nasi impit, kuih muih) , Budaya kunjung mengunjungi..
Dan masa raya ni lah ramai yang buat majlis kenduri kahwin ^_^
Start raya ke2 sampai raya ke5 ada je yang kahwin. Sempat juga pergi dua majlis perkahwinan..
satu kat Machang & satu lagi kat Bali.......
__________________________________________________________________________________
Memandangkan ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Kelantan,
jadi rasa rugi kalau tak pergi jalan-jalan. ^_^
Sempat pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) & Pantai Irama di bachok~
Bersama Kak nab, Kak hajjar dan Khairul. Dorang sangat sporting! ^_^
Dengan kak Hajar yang perangai "gila2" , kak Nab yang baik hati, Khairul yang nampak serius tapi manja.
memang terbaiklah! Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata ^_^
Satu pengalaman yang sungguh bermakna. Terima kasih bawa jalan-jalan dan belanja ice cream~ ^_^
Seriously sepanjang aku duduk kat sana, tak terasa langsung aku ni orang luar.
Rasa seperti keluarga kak Hajjar seperti keluarga sendiri..
Mek , Yah, Kak hajjar, Kak Nab, Kak sah, Pok dik, Yunie, amirul & semua la.. dorang semua sangat baik.
Layanan mereka sangat mesra, even baru kenal. Alhamdulillah..
Ha ni yunie. anak saudara kak Hajjar. Gambar bagi blur sebab dia sangat pemalu. hehe. nak ambil gambar dengan dia pun susah tau.
Terima kasih ajak akak round kampung naik motor ^_^
Terima Kasih banyak sebab bekalkan akak makanan kat atas bas. ^_^
Bagi hadiah kat akak.. ^_^
Ikut hantar akak kat station bas ^_^
Sangat terharu. Gonna miss u. i'll never forget u Insha Allah ^_^
Ni pula MEK & YAH.
Mek & Yah sangat baik.
suka bila orang tanya "ni siapa??"
Pas tu Yah jawab "anak baru.."
Haha. rasa dihargai sangat bila Yah jawab gitu. ^_^
Mek pula sangat prihatin.
Rasa nak nangis masa balik hari tu. Sedih rasa berpisah dengan dorang.
Semua kawan-kawan aku family dorang yang hantar.
& alhamdulillah aku pun ada "family"sendiri yang hantar.
Terharu sangat bila yunie, mek & kak Hajjar sanggup naik bus masa aku nak bertolak balik. siap bekalkan aku "duit raya" hehe..
Terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu balas jasa kamu semua ^_^
__________________________________________________________________
Jadi kepada mereka yang tak dapat beraya dengan keluarga tercinta, tak payah sedih-sedih okay?
Bak kata orang, masa muda ni adalah masa yang paling terbaik untuk menjelajah.
supaya bila masa tua nanti kita tak bosan.
ada sahaja cerita yang dapat dikongsi dengan anak-anak, cucu-cicit~ cewah~ ^_^
Kesimpulannya, raya kat mana pun sama. Its a matter of how are we going to celebrate it actually ^_^
1 Rajin Baca:
lawatan siang
Post a Comment
Assalamualaikum.. lepas baca tu tinggalkan lah komen yer..Sebarang kekurangan atau kelemahan diri saya harap kawan2 betulkan
-Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)