Thursday, May 28, 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


Assalamualaikum WBT

Tahun ni adalah tahun yang kedua beraya diperantauan bersama keluarga. Aku, suami dan juga seorang anak lelaki. Sudah 3 tahun beraya sebagai pasangan suami isteri. Tahun pertama beraya di Sabah sebelah mentua (Papar) dan kampung aku (Kudat). Masa tu masih PJJ, aku d Semenanjung dan suami d Sabah. Tahun pertama beraya aku sedang mengandungkan Uzayr 6/7 bulan. dan alhamdulillah walaupun baru berkerja, aku dapat turn raya. Sekurang-kurangnya dapatlah beraya sebagai pengantin baru. hehe.

Tahun ni banyak persediaan hari raya yang dibuat berbanding tahun lepas. Cuma yang tiada beza, beli baju raya last minute ^_^. Lagipun tahun lepas aku berkerja, jadi tinggalah suami dan anakku di rumah pada hari raya pertama, kedua...Alhamdulillah tahun ni biskut raya pun buat 6 jenis, lauk pauk pun buat beberapa jenis, ketupat, rendang. Walaupun musim wabak COVID19, semangat raya tu kena ada. Puasakan sudah sebulan, jadi inilah masanya untuk meraikannya. Tambahan lagi tidak dapat balik kampung, jadi dengan mem"busy"kan diri mampu untuk mengurangkan kesedihan. Disamping, suami dan anak pun gembira dapat makan makanan yang sedap2 ^_^

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlfitri maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali.  Semoga wabak COVID19 berakir dengan cepat dan kembali seperti sediakala. InsyaAllah, aamiiinn.


0 Rajin Baca:

Post a Comment

Assalamualaikum.. lepas baca tu tinggalkan lah komen yer..Sebarang kekurangan atau kelemahan diri saya harap kawan2 betulkan
-Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)