Sunday, August 10, 2014

Coretan Raya Anak Perantauan

Raya pada tahun ini agak istimewa buat diri aku.. Dapat merasai keindahan suasana beraya di negeri orang..
Pertama kali berjauhan dengan keluarga.......
Serius aku cakap, awal-awal tu memang rasa macam tak best sebab jauh dari family. Tipu la kalau tak meleleh pagi raya. haha~
Teringat suasana kat kampung. Itu memang tak dapat dinafikan la~ hehe 

Sepanjang perjalanan, dalam fikiran "Betul ke apa yang aku buat ni??"
Rasa risau, gundah gulana, Berdebar, Takut, Gembira, Teruja.. arrrhggg perasaan bercampur baur.
aku sendiri tak tahu kenapa. ngeee~
Lebih kurang jam 9.30 am aku tiba di Kelantan.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 12 jam dari Melaka.
Baru ku kenal diriku ini bagaimana. Tak boleh duduk lama dalam bus.. 
Pening, Sakit kepala, Mual, Mabuk.. semua ada~ Perghhh! Memang Terbaik lah!! :D

- OKAY SKIP CERITA KAT SINI-

Raya Pertama

Raya pertama Kak Hajar buat Open House. Semua adik-beradik, anak sudara, ipar datang kat rumah. 
Aku yang pemalu lagi penyegan ni duduk je dalam bilik. haha. Segan nak turun. 
Tapi bila ingat balik pesan mak aku, aku gagahkan juga untuk jumpa family kak Hajar. Alhamdulillah satu permulaan yang baik.
Family kak hajar semuanya baik-baik belaka.. Peramah, Penyantun, Baik hati ^_^
Lepas buat Open House, kami pergi rumah Mok. Mak saudara kak Hajar..
Dapat duit raya! yahuuu~ haha. dah besar pun masih dapat juga. Alhamdulillah.. ^_^
Raya Kedua

Pergi rumah kakak ke dua kak hajar. kat Machang (kalau tak silap)
Jau juga nak pergi situ. lebih kurang sejam perjalanan..
kami dihidangkan dengan Laksa. Nyum3x~ Pemandangan kat tepi rumah sangat cantik.
Dengan sawah padi yang menghijau.. Matahari pula mula tenggelam.
Subahanallaah memang indah..

Raya kat Kelantan dengan kat Sabah lebih kurang sama. tak jauh beza..
Dari segi makanan (ketupat, nasi impit, kuih muih) , Budaya kunjung mengunjungi..
Dan masa raya ni lah ramai yang buat majlis kenduri kahwin  ^_^
Start raya ke2 sampai raya ke5  ada je yang kahwin. Sempat juga pergi dua majlis perkahwinan..
satu kat Machang & satu lagi kat Bali.......
__________________________________________________________________________________

Memandangkan ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Kelantan,
jadi rasa rugi kalau tak pergi jalan-jalan. ^_^
Sempat pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) & Pantai Irama di bachok~

 Tadaaaaa~!

 














Bersama Kak nab, Kak hajjar dan Khairul. Dorang sangat sporting! ^_^
Dengan kak Hajar yang perangai "gila2" , kak Nab yang baik hati, Khairul yang nampak serius tapi manja.
memang terbaiklah! Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata ^_^
Satu pengalaman yang sungguh bermakna. Terima kasih bawa jalan-jalan dan belanja ice cream~ ^_^


Seriously sepanjang aku duduk kat sana, tak terasa langsung aku ni orang luar.
Rasa seperti keluarga kak Hajjar seperti keluarga sendiri..
Mek , Yah, Kak hajjar, Kak Nab, Kak sah, Pok dik, Yunie, amirul & semua la.. dorang semua sangat baik.
Layanan mereka sangat mesra, even baru kenal. Alhamdulillah..


Ha ni yunie. anak saudara kak Hajjar. Gambar bagi blur sebab dia sangat pemalu. hehe. nak ambil gambar dengan dia pun susah tau.
Terima kasih ajak akak round kampung naik motor ^_^
Terima Kasih banyak sebab bekalkan akak makanan kat atas bas. ^_^
Bagi hadiah kat akak.. ^_^
Ikut hantar akak kat station bas ^_^
Sangat terharu. Gonna miss u. i'll never forget u Insha Allah ^_^






Ni pula MEK & YAH.
Mek & Yah sangat baik.
suka bila orang tanya "ni siapa??"
Pas tu Yah jawab "anak baru.."
Haha. rasa dihargai sangat bila Yah jawab gitu. ^_^

Mek pula sangat prihatin.
Rasa nak nangis masa balik hari tu. Sedih rasa berpisah dengan dorang.
Semua kawan-kawan aku family dorang yang hantar.
& alhamdulillah aku pun ada "family"sendiri yang hantar.
Terharu sangat bila yunie, mek & kak Hajjar sanggup naik bus masa aku nak bertolak balik. siap bekalkan aku "duit raya" hehe..
Terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu balas jasa kamu semua ^_^

__________________________________________________________________

Jadi kepada mereka yang tak dapat beraya dengan keluarga tercinta, tak payah sedih-sedih okay?
Bak kata orang, masa muda ni adalah masa yang paling terbaik untuk menjelajah.
supaya bila masa tua nanti kita tak bosan.
ada sahaja cerita yang dapat dikongsi dengan anak-anak, cucu-cicit~ cewah~ ^_^

 Kesimpulannya, raya kat mana pun sama. Its a matter of how are we going to celebrate it actually ^_^



Tuesday, July 1, 2014

Adik Firdaus

Kes adik firdaus ni betul2 menampar2 n menyiat2 hati segenap lapisan masyarakat,
sampaikan ada segelintir yang tak segan silu mencaci, melemparkan kata nista n siap hacked akaun facebook si ibu.

Memang! Memang nampak macam xboleh diterima logik akal,
 ' mcm mana boleh baju lusuh gitu' macam mana boleh kurus gitu' etc, etc.

Apa2 pun, saya pinjam kata2 Rasnah Kaharudin
"kes anak2 yang tak diberi jagaan sebaiknya oleh ibu tak mampu untuk melawan bilangan kes ibu ayah yang dibiar tanpa jagaan anak-anak"

so what would you say??

Ayat belit2, tapi faham kan? Ok , jom muhasabah diri, kurangkan mengutuk mencaci, siapalah kita nk menghukum kesalahan si ibu sedang hujung pangkal pun kita tak tau, doa itu lebih perlu agar diberi hidayah selalu, dah nak start cuti, time ni lah kita nak berbakti pada ayah bonda yg disayangi....^___^

Sunday, March 2, 2014

:: NIKMAT HUJAN ::

Hujan.
5 aksara dalam satu kata.
Satu kata terjemah variasi makna.
Makna yang berbeda pada batang tubuh yang berbeda.

Hujan diluar, ada makhluk berkejar mencari teduhan.
Hujan di hati, ada jiwa penghuni yang sekah pedoman pinta kekuatan.


Hujan.
ramai yang suka kehadirannya. Yang gusar tak kurang juga.
Hakikatnya Hujan itu ada uniknya, ada kelebihannya.
Biarpun turunnya membawa petir dan guruh, Menggetar jiwa yang gemuruh.
Hakikatnya hujan hadiahkan kesuburan juga kesegaran.
Pada akhirnya muncul pelangi seindah ciptaan.


Begitu juga hujan di hati.
tempiasnya menggegar atma, menyesak sukma.
Namun pada akhirnya masih ada jiwa kental bertenaga.
yang mampu mengukir senyum mengundang tawa.
kerna disebalik hati yang merintih itu, ada lagi kepingan2 kukuh menyapa nubari.
Bahawa setiap ujian yg melanda itu ada hikmah besar yang menanti.
Kembali pada ALLAH, itu yang pasti.


Begitulah ceritera Sang Hujan. Memoir fenomena Alam terindah.

Allah ta’ala berfirman :

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا


“Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkahi (mubaarak)…”
[QS. Qaaf : 9].
 
#Kemarau di bumi Melaka ^^
 Photo: ‎:: NIKMAT HUJAN ::  

Hujan.
5 aksara dalam satu kata.
Satu kata terjemah variasi makna.
Makna yang berbeda pada batang tubuh yang berbeda.
Hujan diluar, ada makhluk berkejar mencari teduhan.
Hujan di hati, ada jiwa penghuni yang sekah pedoman pinta kekuatan.

Hujan.
ramai yang suka kehadirannya. Yang gusar tak kurang juga.
Hakikatnya Hujan itu ada uniknya, ada kelebihannya.
Biarpun turunnya membawa petir dan guruh, Menggetar jiwa yang gemuruh.
Hakikatnya hujan hadiahkan kesuburan juga kesegaran.
Pada akhirnya muncul pelangi seindah ciptaan.

Begitu juga hujan di hati.
tempiasnya menggegar atma, menyesak sukma.
Namun pada akhirnya masih ada jiwa kental bertenaga.
yang mampu mengukir senyum mengundang tawa.
kerna disebalik hati yang merintih itu, ada lagi kepingan2 kukuh menyapa nubari. 
Bahawa setiap ujian yg melanda itu ada hikmah besar yang menanti.
Kembali pada ALLAH, itu yang pasti.

Begitulah ceritera Sang Hujan. Memoir fenomena Alam terindah.

Allah ta’ala berfirman :

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

“Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkahi (mubaarak)…” 
[QS. Qaaf : 9].

Hujan di bumi Nilai. (10 / Oktober 2013 )‎

Thursday, November 28, 2013

SIAPA AKU?

..AKU ADALAH INSAN YANG..



                                                                     tak cantik
tak hodoh
tak pandai
 
 
 
tak kurus
tak gemuk
tak tinggi
tak rendah
 
tak putih
tak hitam
tak kelakar
tak serius
 

tak sombong
tak ramah
tak bagus
tak hampeh
 
tak kemas
tak bergaya
tak rajin
tak malas
 


 
tak pemarah
tak cool
 
 
 
habis kalau semua "tak" siapa aku??

yang pasti aku bersyukur dengan apa yang ALLAH telah ciptakan keatas aku.
 

Tuesday, November 5, 2013

MENGAPA AKU TAK KE SEKOLAH AGAMA?

Aku pernah tanya mak..."sebab apa saya x di hantar ke sekolah agama?"

kadang alasan aku bukan dari sekolah agama sering terkeluar tika saat orang minta kita kedepan jika berkaitan soal agama.

Masa berlalu dengan pantas...aku xboleh patah balik di zaman dulu. Masa untuk aku..ialah masa dan saat aku lalui sekarang. Esok belum tentu masa itu untuk aku. Bila bercampur dengan ramai kawan, mendengar cerita2 mereka baru aku tahu. Ilmu agama..alim itu bukan kerana dia sekolah agama, tapi kerana dia mahu agama.

Ustaz Azhar Idrus mencari agama di umur 25tahun, Ustaz Abdullah Khairi di umur 26tahun di saat anak sudah 3orang. Apa alasan aku tidak sekolah agama boleh dijadikan alasan aku lari dari medan dakwah.

Sungguh aku malu dengan diriku, apabila aku belajar agama..baru aku tahu...yang sebelum ini terasa bijak pandai dengan ilmu dunia...tapi sebenarnya aku belum kenal diri aku sendiri. Doakan aku teman. Moga kita istiqomah dan ikhlas di jalan ini...

Friday, March 25, 2011

TERPAUT

 

 

 

Kita berkenalan demi menuntut ilmu di tempat yang sama
Setiap hari kamu suka mengusik saya
Tahukah kamu perbuatan kamu itu boleh mencairkan hati saya?
Mungkin kamu melihat saya sebagai seorang wanita yang tidak pedulikan lelaki
Sebab itu kamu tidak pernah terfikir perubahan perasaan saya terhadap kamu
Namun saya juga wanita biasa, tidak lari daripada semua itu..
 
 
  
Semakin lama mengenali kamu
saya merasai sesuatu yang berbeza
Saya merasa istimewa di hati kamu
Dengan perwatakan kamu yang kelihatan ikhlas di mata saya,
Saya mula jatuh hati pada kamu..
Saya menyedarinya kerana saya mula cmburu apabila kamu melayan
sahabat perempuan kamu dengan baik

Masih teringat ketika kamu memberi kuih kepada saya,
saya berasa sungguh terharu..
Walaupun ia tidak membawa maksud apa2 dari kamu,
namun saya menganggap bahawa kamu mengambil berat terhadap saya..
Tahu tak itulah pertama kali saya menerima makanan daripada seorang kawan lelaki..
saya sungguh gembira!!

 
 
Setiap pagi saya datang ke sekola, saya berharap agar kamu mengusik saya seperti selalu..
Namun perasaan saya selalu hampa kerana kamu sering ke kelas sebelah..
Demi menjaga persahabatan saya hanya mampu pendamkan sahaja perasaan itu..
 
 

 
Hari demi hari sikap kamu tidak lagi seprti dahulu,tidak lagi suka mengusik saya..
Saya sering rasa terpinggir.. hidup terasa kosong
Rupanya dalam diam kamu telah menyimpan perasaan terhadap wanita lain..
Tahu tak, saya berasa sangat kecewa ketika itu..


Namun bagi menutup perasaan saya,
Saya hanya bersikap seperti biasa sehingga kamu juga tidak menyedari akan perasaan saya terhadap kamu..
Barula saya faham mengapa kamu sudah menjauhi diri daripada saya..

Kini kamu pun telah punyai kehidupan yang baru..
Saya di sini hanya mampu mendoakan kamu gembira selalu..
Pada saya,kamu merupakan insan yang hebat yang pernah wujud dalam hidup saya
Begitu susah untuk saya melupakan kamu..
Tiada insan lain yang mampu menandingi kamu di mata saya..
Tapi tak mengapa, saya sabar menanti insan yang berjaya membantu saya untuk melupakan kmu..



Tuesday, November 30, 2010

Cakap Bukan Sebarang Cakap


x: What the f**k

Me: oii ko benkek dengan sapew?

x: sh** minah tu!!! die koyak buku aku beb!!

Me : Ya Allah , balut je la .. nanty elok le
ape daaaa..

x: ko balutkan bole?

Me: Boley je

Gadis Cantik

KISAH SATU

Dia gadis yang cantik,
Mampu Mengoyah hati banyak si Jejaka,
Tidak kira Melayu @ bukan Melayu
Pasti pernah terdetik untuk tertarik dengannya,

tapi sayang..
Kecantikan itu digunakan untuk dipertontonkan
kepada orang ramai,
...dan...

Malang sekali,
Kerana tiada keistimewaan untuk suaminya nanti ..

KISAH DUA

Wednesday, November 17, 2010

Perempuan itu datang ???


Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,