Sunday, September 19, 2010

Doa seorang ibu (kisah benar)


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seroang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.
Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya.
Imunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.
Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang.
Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi.
Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi.Dengan deraian air mata ibunya berkata,
”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah.Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya.Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,
rayu ibunya menasihatinya


Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah itu tidak luntur dar hatinya.Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi.Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata.Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.

“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya.Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.

Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.

Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu. “Pencuri!!Pencuri!! teriaknya.

Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu.Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid.Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap raja.Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut.Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil.Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak ramai.Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”

Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu.Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura.Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri itu.Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar.Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya.Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dai luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”

Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”

“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.

“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.

“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bawawa itu adalah anaknya.

“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”

“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.

“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.

Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

“Ibu maafkanlah saya ibu.Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”

Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan .Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”

Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.Bergitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.


P/S: Taatilah Kedua Ibu Bapa .. sesungguhnya,

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim

Friday, September 17, 2010

SaYa sayAng iBu

Walaupun cerita kartun ni pendek saja, tetapi trasa sebak kat dada…hmmm, mungkin terlalu banyak dosa yang sy lakukan kat mak sy.. maafkn aku ibu..


Tak Nampak tulisan dia ek?? Camni crite dia………
Ubi : Kuncilah pintu ni.. Mak saya dah tidur kot
Jiran : Ketuklah pintu tu
Ubi : Tak nak la
Jiran : Apasal??
Ubi : Takut…….
Jiran : Haisshhh! Apa pula takut… Rumah sendiripun nak takut ke??hmmmm… ok la Ubi, akk nak masuk rumah akk dulu… Ketuk pintu tau, jngn tak ketuk!
Ubi : Okey !
……….Aishhh! nak ketuk ke tak nak ni?? Takut le karang mak aku buka pintu…mana le tau marah dia tak habis lagi.. mau aku kena sedas dua kali ! Tapi kalau tak ketuk takkan aku nak tidur luar malam ni??
Ahhh!! Gamble je lah! Kena sedas dua je, bukannya mati! …………..
Mak : “Hah!! Baru ingat nak balik?? Merayau je !! mandi tak ingat ! makan tak ingat! Lupa rumah tadi??!!!
Dah! Pergi makan! Kang lepas tu pergi mandi!! ” Sergah si ibu..
“……..….phewww..!! selamat! Setakat kena sembur ni kira orait lah.. siap suruh makan lagi tu.. macam mood dah okey sikit je tu…” kata Ubi dalam hati…………..
Bila ubi tiba kat dapur… “Mak oiii !! masak special mak aku malam ni.. semuanya lauk feveret aku ni.. tak pernahnya dia buat camni..”
Selesai makan, Ubi nak pegi ar kat bilik dia… lalu ternampak mak dia (lbeh kurang mcm tu la, sy tak tau camna nak cerita..hehe)
“haii.. mcm nak pujuk aku je.. pujuk dalam diam ke??” kata Ubi dalam hati.. dia ckp cam tu sebab nmpak mak dia hnya diam..
“Bila fikirkan balik.. kalau le aku diberi pilihan memilih sorang perempuan dalam dunia ini yang sepuluh kali lebih best dan tak garang langsung untuk digantikan jadi mak aku…
aku mungkin tolak tawaran itu… pasalnya??
Pasal mak aku tetap mak aku! Walau mcmmna kekurangannya dia tetap mak aku! Dan juga naluri keibuannya..
hanya dia yang tau bila masa aku lapar, bila masa aku sakit,
bila masa aku marah…
hanya dia sorg je yang betul2 kenal aku.. lagipun takde orang boleh lawan masakan dia..hehe “

Mak : Dah siap makan Ubi?? Sini kejap….
…..” Apahal lagi ni?? Nak setelkan masalah petang tadi ke?? Aishh.. ni yang buat aku berdebar-debar balik ni”…………

Ubi : Amende mak??
Mak : Duduk dulu… Mak nak Tanya ni…Betul ke Ubi cakap Ubi dah berhenti hisap rokok??
Ubi : Betul mak!
Mak : Kalu macam tu mak minta maaf la sebab tak percayakan Ubi tadi..
Ubi : uh??!!
………..Benda yang aku tak sangka keluar dari mulut mak.. seorang ibu meminta maaf dari anaknya.. satu perkara yang jarang-jarang berlaku.. maka aku mengalah untuk menggembirakan aku….dan kalau mak aku sanggup buang egonya.. kenapa pula aku tak boleh??...........

Ubi :
Mak… Ubi pun nak mintak ampun gak… Ubi banyak salah.. Selalu buat mak susah.. isk3x :’(

Astaghfirullah robbal baroyaa, astaghfirullah minal khotoyaa….
Robbiy zidniy ‘ilman nafi’aa , wa wafiqni ‘amalan soliha…….
Setulus doa aku panjatkan, Moga rahmat ENGKAU limpahkan pada ibu juga ayahku yang melahir dan membesarkanku.. amin..

Thursday, September 16, 2010

Whatever..hehe

Assalamualaikum W.B.T , pertama sekali sy nk ucapkan terima kasih banyak-banyak pada ibu2, bapa2, kakak2, abg2, adik2 yg sentiasa memberikan sokongan kpd sy (jika ada)….heee…
sebenarnya sy rindu sangat kat blog sy ni, lama dah tak wat post en3 sebab busy sangat dngn study… InsyaAllah selepas ni sy akan cuba untuk mengaktifkan diri balik..

Pada yang mengunjungi blog ni, sy harap sambil korang singgah, silalah baca entry tu ek… Agar ia tidak hanya menjadi bahan penulisan tetapi juga sebagai penambahan ilmu kepada kita semua.. InsyaAllah

Tuesday, August 10, 2010

Kehebatan Ayatul Kursi

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang
yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa
ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam
muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang
seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam
hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan
selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki
tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat
sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan
perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan
(sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you.
One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang
lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu,
sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,
Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup
aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu
adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
llah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata
rang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

P/s : perkongsian dari FB.
Smile. :)

Saturday, July 24, 2010

Puasa dulu baru raya

Religious Myspace Comments

Alhamdulillah.. Tak lama lagi dah nk Puasa..huhu, sangat happy! Harap-harap Ramadan tahun ni amal ibadat kte bertambah la hendaknya yer..amin..

Monday, July 12, 2010

Ya Allah
Ku tadah tanganku
Tunduk menghadapMu
Mengharapkan keampunan
Yang tulus daripadaMu

Titisnya mutiara jernih
Jatuh lembut mengusap pipi
Langsung ku suci diri ini
Dengan air mata taubat ku kini

Ya Rabbi.. Ya Ilahi..
Terimalah taubatku wahai Sang Pengasih
Ku rayu ku sujud hanya kepadaMu
Terimalah aku hambaMu yang hina
Yang mengharapkan cinta akan Tuhannya

Ku akui segala dosaku
Ku serah seluruh hidupku
Hanya untukMu Kekasihku
Oh Tuhan
Ampunilah aku

Ku mohon padaMu Ilahi
Berilah aku cahaya murni
Kan hatiku kukuh mengasihi
Syariat dan ukhrawi

Oh Tuhan Maha Penerima taubat
KepadaMu ku lukiskan
KepadaMu ku coretkan
Inilah taubat seorang pencinta
Oleh:isminajihah

Friday, July 2, 2010

Wanita dan gambar

Friday, Dec 28 2007 Artikel/Cerpen and Peringatan..
- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~

Salam..
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing..
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian ...
namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci!



Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian.. Saya adalah rakan , Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.
Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?Muslimahku,Dunia internet semakin berkembang maju ..
Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari..
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.


Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup ...
Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah! penyelesaiannya Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya.
Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu?
Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah?
Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar.
Belajarlah daripada yang tahu.
Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
Wallahu A’lam..

Boikot Barangan Israel


Salam...

sedar tidak sedar..nampak atau pun tidak...dengan membeli barangan2 berjenama di bawah kita telah membantu pihak zionis israel menyeksa saudara2 seIslam kita yg berada di Palestin...Lubnan... (jgnlah kita jadi spt kisah kolam susu...sama2 mengembleng usaha...)

banyak pilihan di pasaran...pilihlah dgn MATA HATI

sila lah layari laman web ini utk melihat apakah barangan2 yg wajar di boikot:

http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.htmlboycott-israel.html

#By Ruzaini _i luv islam

Friday, June 11, 2010

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya


Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat


Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..